Jom ke ASTIN

Jom ke ASTIN
widuriarieyana@gmail.com [010-931 7880]

BERITA TERBARU

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN SEHINGGA 18 DEC 2011 UNTUK PROGRAM 2-3 BULAN SECARA PERCUMA DI ASTIN UTK PELAJAR SPM 2011...Untuk maklumat lanjut hubungi 010-931 7880..pasti berbaloi --<--@ TERIMA KASIH KERANA MEMILIH KOLEJPENGURUSANASTIN

20111123

Misi & Visi

MISI & VISI ASTIN

Menjadi sebuah organisasi dalam bidang perkhidmatan pendidikan dan latihan yang menawarkan program profesional, vokasional, teknikal dan pembangunan pengurusan yang terbaik dan efisien agar setiap graduan yang dilahirkan menjadi insan yang berguna dan dapat membantu dalam pentadbiran ekonomi negara.

Mendemokrasikan peluang pendidikan dan latihan yang peka, fleksibel dan responsif kepada keperluan negara yang sedang berkembang pesat dalam proses industrialisasi sekaligus dapat membekalkan tenaga kerja mahir kepada sektor perniagaan negara.

Menyediakan tenaga kerja mahir yang kreatif, inovatif, proaktif dan produktif serta dapat mempertingkatkan teknologi pendidikan dan latihan dengan menggunakan teknologi maklumat & komunikasi yang terkini.

Program Diploma Pengurusan



Keistimewaan Diploma Pengurusan

Diiktiraf Oleh IPTA/IPTS
Laluan ke peringkat Ijazah Pertama dalam bidang yang berkaitan di Universiti Awam tempatan dan di luar negara.


Diiktiraf Oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA).
Layak untuk memohon berkhidmat di mana-mana badan atau perkhidmatan Awam(JPA).

Penajaan Penuh
Kemudahan pinjaman dari MARA,PTPTN dan Yayasan Negeri bagi mereka yang layak.



Program Diploma Pengurusan merupakan program kerjasama akademik diantara Universiti Sains Malaysia (USM) dan KPA yang dijalankan dengan kaedah perundingan. Pada awalnya, program ini dijalankan secara kawalselia, tetapi selepas lebih dua tahun dan mendapat kepercayaan daripada USM, Program ini telah dijalankan secara perundingan.
Program ini diperkenalkan sebagai satu laluan kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Dengan Kepujian) USM yang dijalankan di Kolej Pengurusan Astin dan seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana Muda.

KELAYAKAN KEMASUKAN

Diploma Pengurusan (ASTIN)
  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit
  • O'Level
  • Kelayakan lain yang setaraf
DIPLOMA PENGURUSAN
Jumlah unit yang perlu dikumpulkan bagi tujuan bergraduat adalah 99 unit, diagihkan seperti berikut :

JENIS KURSUS BILANGAN UNIT
KURSUS TERAS ASAS
32
KURSUS TERAS MAJOR
43
KURSUS WAJIB LAN
9
KURSUS ASAS
15
JUMLAH KESELURUHAN
99

Yuran Pengajian

Yuran Permohonan        RM 50.00
Yuran Pendaftaran RM 450.00
Yuran MPP RM 50.00
Insurans RM 45.00
Yuran Periksaann
RM3,200 x 5 semester (2 1/2 tahun) 
RM 16,000.00
Yuran Pengajian
RM10.00x 30
RM 300.00
Jumlah RM 16,985.00