Jom ke ASTIN

Jom ke ASTIN
widuriarieyana@gmail.com [010-931 7880]

BERITA TERBARU

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN SEHINGGA 18 DEC 2011 UNTUK PROGRAM 2-3 BULAN SECARA PERCUMA DI ASTIN UTK PELAJAR SPM 2011...Untuk maklumat lanjut hubungi 010-931 7880..pasti berbaloi --<--@ TERIMA KASIH KERANA MEMILIH KOLEJPENGURUSANASTIN

20111205

TESTIMONI

Saya merupakan seorang pelajar Semester 3, Diploma Pengurusan di Kolej Pengurusan Astin. Selama di sini, saya cukup berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan seperti asrama, Wi-fi, makmal komputer, perpustakaan dan lain-lain. Ini memudahkan proses pembelajaran saya di sini. Pensyarah-pensyarah yang sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar pula memberikan motivasi kepada saya untuk terus menimba ilmu seterusnya, menjadi pelajar cemerlang.
- Saidah Sairul, semester 3 Diploma Pengurusan dari Sabah

Saya pernah belajar di sebuah kolej lain dahulu selama satu semester, sebelum berpindah ke Kolej Pengurusan Astin. Suasana di Kolej Pengurusan Astin ternyata jauh berbeza berbanding pengalaman di kolej lama tersebut. Di sini, saya berasa seperti mempunyai satu keluarga besar. Pelajar-pelajar di sini sentiasa bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik. Pensyarah-pensyarah pula boleh ditemui pada bila-bila masa dalam waktu bekerja. Kaedah pengajaran membuatkan saya mudah faham dan menerima ilmu yang diajar. Suasana pembelajaran di sini yang kondusif membuatkan saya berasa gembira belajar di sini walaupun berjauhan dari keluarga. Pejam celik pejam celik, saya kini berada di semester 4 dan bakal menamatkan Diploma Pengurusan pada semester hadapan, Insya Allah.

                        - Nur Wara Ismail, semester 4 Diploma Pengurusan dari Kelantan

  
Saya berasal dari Sabah, yang telah belajar di Kolej Pengurusan Astin selama dua tahun. Bagi saya, Kolej Pengurusan Astin telah memberi kesedaran kepada saya tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan. Walaupun pada mulanya saya sering ‘homesick’, pensyarah-pensyarah yang baik dan prihatin memberi kesedaran dan dorongan untuk saya terus belajar.

-Veve Nordin, semester 4 Diploma Pengurusan dari Sandakan, Sabah


Sebagai penuntut Diploma Pengurusan Kolej Pengurusan Astin ini, saya berasa sangat berpuas hati dengan semua kemudahan dan kaedah pengajaran di sini. Diploma ini adalah platform bagi saya untuk berkonvokesyen sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia. Saya pasti akan menyambung pengajian ke program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan kerjasama USM nanti.

- Mustaqim, semester 3 Diploma Pengurusan, dari Kubang Kerian, Kelantan.


Saya sebagai seorang pelajar di Kolej Pengurusan Astin di Puchong Jaya ini, berasa gembira dan bangga belajar di sini kerana pensyarah-pensyarah saya baik. Mereka sentiasa membantu saya dengan meluangkan masa memberi penerangan di dalam dan luar waktu kelas, selain memberikan kelas dan latihan tambahan apabila saya sukar memahami sesuatu kursus.

- Noralizah bt Masinu, pelajar semester 3 Diploma Pengurusan, dari Sabah


Setelah hampir dua tahun belajar di kolej ini, saya berasa gembira kerana Kolej Pengurusan Astin telah memberikan yang terbaik kepada para pelajar dan sentiasa membantu para pelajar untuk menjadi yang terbaik dari segi ilmu dan akhlak.
-Anis Azyati Amran, Semester 4 Diploma Pengurusan dari Kelantan.


Segala pengalaman yang saya lalui di sepanjang tempoh pengajian di sini memberikan seribu makna kepada saya. Saya amat berterima kasih kepada tenaga pengajar yang seentiasa mengambil berat tentang pelajar tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat. Tanpa mereka, siapalah saya. 

-Muhamad Rakimey, Semester 4 Diploma Pengurusan dari Kelantan.

Begitu cepat masa berlalu. Pada peringkat awal Diploma, saya memerlukan adjustment time dengan suasana pembelajaran yang berbeza berbanding bangku sekolah. Tetapi dengan adanya sokongan dan dorongan dari pelajar-pelajar senior dan pensyarah-pensrayah di sini, saya lebih bersemangat meneruskan pengajian di Kolej Pengurusan Astin yang merupakan city campus ini. Paling saya suka ialah perubahan kemahiran komunikasi saya yang semakin baik berbanding sebelumnya. Pensyarah-pensyarah juga baik dan telah banyak membantu pembelajaran saya.
                                                    - Samsia Jalani, Semester 5 Diploma Pengurusan dari Sabah

No comments:

Post a Comment